Profil Kami

LATAR BELAKANG - YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

Idea penubuhan Yayasan Tengku Abdul Aziz Ibni Sultan Abu Bakar (YTAA) telah dicetuskan oleh anakanda sulung beliau YM Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz bersama - sama adinda Tengku Hassanal Badyr Tengku Abdul Aziz beberapa bulan setelah kemangkatan baginda pada tanggal 24hb Disember 2019 dan telah diperbadankan serta diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tanggal 24hb Jun 2022 dengan No. Pendaftaran: 202201022606 (1468303-A).

YTAA ditubuhkan bertujuan untuk meneruskan legasi Almarhum yang terlibat secara aktif di dalam usaha - usaha kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama di kalangan rakyat Negeri Pahang sesuai dengan status Almarhum sebagai Putera Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al- Mu’tassim Billah Shah yang mendapat gelaran Tengku Panglima Perang Pahang dan menganggotai Jemaah Majlis Pangkuan Di Raja Negeri Pahang.

BIOGRAFI PENGASAS–ALMARHUM Y.A.M TENGKU ABDUL AZIZ IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’AZZAM SHAH

Dilahirkan pada tanggal 8hb Disember 1945 di Istana Permai Pekan, Pahang, anakanda kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dan Tengku Hajjah Azam binti Tengku Setia Raja Omar. Beliau merupakan adinda kepada Sultan Pahang ke-5, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Kerjaya beliau adalah sebagai seorang anggota tentera di Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pangkat sebagai Leftenan Kolonel dan pada tahun 1989, beliau telah dianugerahkan gelaran kerabat bergelar sebagai Tengku Panglima Perang Pahang dan ahli jemaah Pangkuan Diraja Pahang. Antara tugas beliau adalah memberi nasihat kepada Sultan berkaitan adat dan protokol.

Beliau telah dikurniakan empat orang putera dan empat orang puteri melalui perkahwinan beliau. Ketika hayatnya, beliau sangat aktif di dalam aktiviti kebajikan sehingga menjadi Penaung Diraja bagi Pertubuhan Amal Usahawan OKU Penglihatan Malaysia atau PERKUM. Sangat mementingkan pelajaran dan bagi beliau setiap lapisan masyarakat perlu berpeluang untuk mendapatkan pelajaran tanpa mengira status kerana pelajaran adalah kunci kepada kehidupan yang lebih baik.

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI- TENGKU HASSANAL BADYR TENGKU ABDUL AZIZ

Assalamualaikum W.B.T

Pertama - tama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Illahi dengan segala limpah dan kurnianya, Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar berjaya ditubuhkan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada semua ahli keluarga saya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang memberi mandat kepercayaan sepenuhnya untuk saya mengemudi yayasan ini.

Dengan berteraskan kebajikan, pendidikan dan pembangunan modal insan diharap agar yayasan ini dapat bergerak lebih maju kehadapan melalui program dan aktiviti yang selari dengan aspirasi yayasan untuk menjadi antara organisasi utama di dalam usaha kebajikan di samping menjadi jambatan bagi mewujudkan hubungan yang lebih inklusif di antara institusi Diraja dengan rakyat jelata.

Visi Kami

Menjadi jambatan utama di dalam menghubungkan Institusi Di Raja dan Rakyat melalui program dan aktiviti berteraskan kebajikan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Misi Kami

- Menjalankan program dan aktiviti berkaitan kebajikan serta memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik.

- Mengadakan hubungan yang baik dengan institusi pendidikan bagi memastikan dapat melahirkan golongan intelek yang menjadi permata kepada masa depan negara.

- Bekerjasama dengan negara maju dan syarikat multinasional dengan mewujudkan program pertukaran pelajar dan latihan industri.

- Memberi bantuan dana kepada pelajar - pelajar terutama dari keluarga B40 atau tidak berkemampuan bagi memastikan mendapat pendidikan yang sempurna seterusnya dapat membantu mengubah nasib keluarga mereka.

Logo & Warna

Logo dan warna yang dugunakan di dalam logo Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar mempunyai maksud yang tersendiri. Logo YTAA pada asalnya adalah diinsiprasikan daripada bentuk sebuah lembing yang mana merupakan salah simbolik bagi Raja-Raja Melayu di Malaysia. Lembing yang sinonim dengan istana dimana merupakan alat kebesaran Diraja yang mengiringi keberangkatan Baginda Sultan dalam istiadat di Balairung Seri atau istiadat-istiadat utama yang ditentukan seperti Bersiram dan Pemakaman bersama peralatan khusus yang lain. Tiga bilah lembing yang berada di logo YTAA adalah simbolik kepada rakyat, YTAA dan juga insitusi diraja yang saling memerlukan. Bak kata pepatah; Rakyat dan Istana berpisah tiada.

Pemilihan warna juga penting dalam memberi identiti kepada sesuatu logo yang di bentuk. Pemilihan warna kuning kebiasaanya lebih cenderung dikaitkan dengan warna diraja, di mana YTAA ini merupakan satu bentuk platform yang menjadi jambatan kepada hubungan antara rakyat dan institusi diraja. Warna biru pula lebih kepada perpaduan hubungan siratulrahim yang terbentuk rapat di antara YTAA dan masyarakat dalam membantu menghulurkan apa jua bentuk bantuan dari segi ekonomi, pendidikan, bantuan bencana dan lain-lain. Hijau merupakan satu warna yang neutral di dalam kehidupan manusia sejagat yang selalu membawa pengertian tentang ketenangan terhadap minda dan eko sistem masyarakat itu sendiri. YTAA berperanaan penuh dalam menjadi salah satu platform yang bukan sahaja menyediakan cabang-cabang bantuan kemanusian malahan membentuk satu modal insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memberi perkhidmatan yang profesionnal dan berkualiti melalui pakej-pakej kemudahan kepada pelanggan kami.

1. Membantu dan menyatukan semua hutang dijadikan satu akaun. Sasaran - merendahkan bayaran hutang dan mengurangkan komitmen hutang bulanan pelanggan.

2. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mengambil kira keperluan pelanggan.

3. Menawarkan program pengajian pada kadar yang berpatutan.

4. Memberi maklumbalas awal terhadap pelanggan kami dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.

Hubungi Kami

IBU PEJABAT & CAWANGAN

WAKTU PEJABAT

Isnin- Khamis: 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat: 9.00 pagi – 12.15 petang, 2.15 petang – 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

IBU PEJABAT

YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

19-1, JALAN WANGSA, DELIMA 13,

D-LINK, WANGSA MAJU,

53300, KUALA LUMPUR

CAWANGAN (OPERASI)

YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

12-3A, WISMA TRAX

55200, CHAN SOW LIN,

KUALA LUMPUR

Tinggalkan Mesej Anda

Sebarang pertanyaan sila emel ke support@yayasantengku.com atau mesej ke facebook kami dengan maklumat yang lengkap. Sila berikan NAME PENUH and TELEFON BIMBIT untuk staf membuat tindak balas.