Selamat Datang

Portal Rasmi YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

YTAA ditubuhkan bertujuan untuk meneruskan legasi Almarhum yang terlibat secara aktif di dalam usaha - usaha kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama di kalangan rakyat Negeri Pahang sesuai dengan status Almarhum sebagai Putera Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al- Mu’tassim Billah Shah yang mendapat gelaran Tengku Panglima Perang Pahang dan menganggotai Jemaah Majlis Pangkuan Di Raja Negeri Pahang.

Rakan Niaga Kami:

Mengenai Kami

Visi Kami

Menjadi jambatan utama di dalam menghubungkan Institusi Di Raja dan Rakyat melalui program dan aktiviti berteraskan kebajikan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Misi Kami

- Menjalankan program dan aktiviti berkaitan kebajikan serta memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik.

- Mengadakan hubungan yang baik dengan institusi pendidikan bagi memastikan dapat melahirkan golongan intelek yang menjadi permata kepada masa depan negara.

- Bekerjasama dengan negara maju dan syarikat multinasional dengan mewujudkan program pertukaran pelajar dan latihan industri.

- Memberi bantuan dana kepada pelajar - pelajar terutama dari keluarga B40 atau tidak berkemampuan bagi memastikan mendapat pendidikan yang sempurna seterusnya dapat membantu mengubah nasib keluarga mereka.

Perkhimatan Kami

Perkhimatan Yang Kami Tawarkan

Pasukan perunding berpengalaman kami menggabungkan pengetahuan industri, teknologi terkini, dan strategi inovatif untuk membimbing anda ke arah masa depan yang lebih cerah dan lestari.

PEMBIAYAAN PERIBADI

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) terlibat secara prinsip dalam penyediaan perkhidmatan kewangan. YTAA telah bekerjasama rapat dengan badan berkaitan untuk menyediakan pembiayaan patuh syariah dan konvensional kepada ahli mereka yang kebanyakannya kakitangan kerajaan. Bayaran balik dibuat melalui Skim Potongan Gaji di mana bayaran ansuran dipotong daripada gaji pekerja-pekerja pada setiap bulan. Pembiayaan patuh syariah ini juga menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 7.99% selama 10 tahun tempoh pembiayaan.

KEBAJIKAN

Salah satu kebajikan banjir. Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar Bersama dengan Squard Insaniah telah bekerjasama bagi menyalurkan bantuan misi banjir pada tahun 2022 di tempat-tempat yang terkesan di sekitar negeri Pahang. Bantuan ini disalurkan di dalam bentuk kotak makanan dan juga pemberian barang-barang keperluan asas seperti toto, pampers kanak-kanak dan alatan membersihkan lumpur banjir. Bantuan misi banjir ini merupakan acara tahunan yang akan dilakukan pada setiap tahun dengan Kerjasama YTAA dan Squad Asniah.

PROGRAM MATA GANJARAN

Konsep aplikasi ini sama seperti aplikasi Lazada dan Shopee di mana pelanggan dapat membuat pembelian terus daripada aplikasi. Untuk setiap pembelian pelanggan akan mendapat mata ganjaran dan boleh ditebus untuk pembelian yang seterusnya. Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan berupaya untuk menjaga data pelanggan dan juga memastikan keselamatan perbankan pelanggan. Aplikasi ini juga menyediakan medium pembayaran yang selamat terus daripada perbankan atas talian pelanggan dan dijamin oleh Bank Negara Malaysia.

PROGRAM LATIHAN INDUSTRI KE JEPUN

Program ini merupakan kerjasama antara Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) dan Universiti Pahang Malaysia (UMP) untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi, yang akan menyumbang kepada pembangunan perindustrian dan ekonomi Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, serta sebagai reka bentuk teknologi dengan menyediakan peluang akademik dan profesional di peringkat tempatan dan global. Kami berharap program ini akan membantu memperkukuhkan industri teknologi Malaysia dan meningkatkan keupayaan negara untuk bersaing dalam arena global.

Mengapa Pilih Kami

Kami Menyediakan Bantuan dan Kebajikan yang Jujur

Kami menjalankan program dan aktiviti berkaitan kebajikan, memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik, mengadakan hubungan baik dengan institusi pendidikan untuk melahirkan golongan intelek yang menjadi permata masa depan negara, bekerjasama dengan negara maju dan syarikat multinasional melalui program pertukaran pelajar dan latihan industri, serta memberi bantuan dana kepada pelajar terutama dari keluarga B40 atau tidak berkemampuan untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan membantu mengubah nasib keluarga mereka.

25

Projects
Dilengkapi

10

Tahun
Pengalaman

Perlu Konsultasi?

Projek Kami

Projek Utama

Program BACK-TO-SCHOOL KL & Selangor

Program Back-to-School 2024 di Kuala Lumpur menyediakan beg sekolah dan RM100 untuk 70 pelajar, dihadiri oleh pemimpin dan pengerusi yayasan, mempromosikan pendidikan dan kesejahteraan.

Lebih Lanjut di FB

Program Sumbangan Bakul Makanan Pahang

Tengku Hassanal Badyr, Pengerusi YTAA, menyerahkan bakul makanan kepada YB Dato' Mohamad Nizar di Pekan, Pahang, untuk bantu mangsa banjir, dengan sokongan dari Sri Ternak Group.

Lebih Lanjut di FB

Program BACK-TO-SCHOOL Pahang

Program Back-to-School oleh YTAA dan BW Center di Pahang memberi 100 pelajar di Pekan beg sekolah dan RM100, disempurnakan oleh Y.B Dato' Mohd Nizar dengan kerjasama komuniti setempat, menerima sambutan hangat.

Lebih Lanjut di FB

Program Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri

Kemeriahan sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dato Mohamad Nizar bin Dato Seri Mohamad Najib. Majlis turut mencemar duli oleh Sultan Pahang dan juga Tengku Permaisuri Pahang.

Lebih Lanjut di FB

Majlis Penyerahan Daging Qurban kepada Kakitangan Angkatan ANGKASA

Majlis Penyerahan Daging Qurban telah pun disempurnakan oleh Y.M Tengku Hassanal Badyr Tengku Abdul Aziz Pengerusi YTAA dan di temani oleh Datuk Seri Dr Abdul Fattah Bin Abdullah Presiden ANGKASA.

Lebih Lanjut di FB

Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman antara YM Tengku Hassanal Badyr bin YAM Tengku Abdul Aziz, Pengerusi YTAA bersama En. Mohammad Syarizzul Bin Talib, Pengerusi Pintas Engineering Sdn Bhd bagi membekalkan kenderaan Khidmat Ambulans dan Van Jenazah Percuma bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Lebih Lanjut di FB

Majlis Ziarah Kasih Kerabat DiRaja Pahang dan sumbangan buah tangan

Majlis Ziarah Kasih Kerabat DiRaja Pahang dan sumbangan buah tangan daripada YTAA kepada keluarga kerabat di sekitar kawasan Pekan, Pahang telah disempurnakan oleh YM Tengku Hassanal Badyr bin YAM Tengku Abdul Aziz (Pengerusi) bersama adinda YM Tengku Ibrahim Putra bin YAM Tengku Abdul Aziz.

Lebih Lanjut di FB

Lawatan Ke Tadika Kemas PPR Sri Aman

Pengerusi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar serta barisan kepimpinan YTAA telah mengadakan lawatan ke Tadika Kemas, PPR Sri Aman.

Lebih Lanjut di FB

Baiti Travel & Tour Sdn Bhd dibawah naungan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar telah menghantar para jemaah umrah ke tanah suci Mekah

Baiti Travel & Tour Sdn Bhd dibawah naungan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar telah menghantar para jemaah umrah ke tanah suci Mekah.

Lebih Lanjut di FB
Testimoni Pelanggan

Jangan Dengar Kami, Dengar Pelanggan Kami!

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ) menyediakan jawapan ringkas kepada soalan-soalan yang sering ditanya tentang produk atau perkhidmatan kami. Semoga FAQ ini membantu menjawab sebarang kekeliruan yang anda mungkin miliki.

Anda boleh memaklumkan melalui surat rasmi ataupun email kepada Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar untuk mengemaskini butiran anda.

Boleh. Anda hanya perlu memaklumkna kepada pegawai Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar. Dan jika ada kesilapan daripada pihak kami, kami akan mengemukakan dokumen yang baru kepada anda.

Salinan dokumen pejanjian pinjaman akan diposkan terus ke alamat rumah peminjam.

Boleh. Wakil anda boleh menghubungi kami atau memberi alamat untuk diposkan setelah kami membuat pengesahan dengan peminjam.

Boleh. Tetapi pembatalan hanyalah boleh dibuat sebelum panggilan Aqad.

Boleh. Anda akan memperolehi rebate potongan bagi pembiayaan pinjaman anda jika di buat selepas tempoh 2 tahun dan ke atas.

Boleh dilakukan semasa mendapat panggilan aqad. Tetapi proses pembiayaan akan bermula semula dan tempoh proses pembiayaan peribadi akan bertambah.

Sila hantar surat pemohonan ke alamat emel settlement@ytaa.org.my

Hubungi Kami

IBU PEJABAT & CAWANGAN

WAKTU PEJABAT

Isnin- Khamis: 9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat: 9.00 pagi – 12.15 petang, 2.15 petang – 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

IBU PEJABAT

YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

19-1, JALAN WANGSA, DELIMA 13,

D-LINK, WANGSA MAJU,

53300, KUALA LUMPUR

CAWANGAN (OPERASI)

YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR

12-3A, WISMA TRAX

55200, CHAN SOW LIN,

KUALA LUMPUR

Tinggalkan Mesej Anda

Sebarang pertanyaan sila emel ke yayasantengkuabdulaziz@gmail.com atau mesej ke facebook kami dengan maklumat yang lengkap. Sila berikan NAME PENUH and TELEFON BIMBIT untuk staf membuat tindak balas.

* untuk memohon surat penyelesaian pembiayaan

hantar surat pemohonan ke alamat emel settlement@ytaa.org.my