YTAA ditubuhkan bertujuan untuk meneruskan legasi Almarhum yang terlibat secara aktif di dalam usaha-usaha kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama di kalangan rakyat Negeri Pahang.
Rakan Niaga Kami:
10+
Tahun Pengalaman
Menjadi jambatan utama di dalam menghubungkan Institusi Di Raja dan Rakyat melalui program dan aktiviti berteraskan kebajikan, pendidikan dan pembangunan modal insan.
Menjalankan program dan aktiviti berkaitan kebajikan serta memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik.
Mengadakan hubungan yang baik dengan institusi pendidikan bagi memastikan dapat melahirkan golongan intelek yang menjadi permata kepada masa depan negara.
Bekerjasama dengan negara maju dan syarikat multinasional dengan mewujudkan program pertukaran pelajar dan latihan industri.
Memberi bantuan dana kepada pelajar-pelajar terutama dari keluarga B40 atau tidak berkemampuan bagi memastikan mendapat pendidikan yang sempurna.
25+
Projek Dilengkapi
10+
Tahun Pengalaman
3
Rakan Niaga
4
Perkhidmatan Utama
Pasukan perunding berpengalaman kami menggabungkan pengetahuan industri, teknologi terkini, dan strategi inovatif untuk membimbing anda ke arah masa depan yang lebih cerah dan lestari.
Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) terlibat secara prinsip dalam penyediaan perkhidmatan kewangan. YTAA telah bekerjasama rapat dengan badan berkaitan untuk menyediakan pembiayaan patuh syariah dan konvensional kepada ahli mereka yang kebanyakannya kakitangan kerajaan dengan kadar faedah tetap sebanyak 7.99% selama 10 tahun.
Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar Bersama dengan Squad Insaniah telah bekerjasama bagi menyalurkan bantuan misi banjir pada tahun 2022 di tempat-tempat yang terkesan di sekitar negeri Pahang. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kotak makanan dan barang-barang keperluan asas. Bantuan misi banjir ini merupakan acara tahunan bersama YTAA dan Squad Asniah.
Konsep aplikasi ini sama seperti aplikasi Lazada dan Shopee di mana pelanggan dapat membuat pembelian terus daripada aplikasi. Untuk setiap pembelian pelanggan akan mendapat mata ganjaran dan boleh ditebus untuk pembelian yang seterusnya. Aplikasi ini juga menyediakan medium pembayaran yang selamat terus daripada perbankan atas talian pelanggan dan dijamin oleh Bank Negara Malaysia.
Program kerjasama antara YTAA dan Universiti Pahang Malaysia (UMP) untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada pembangunan perindustrian dan ekonomi Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, serta reka bentuk teknologi dengan menyediakan peluang akademik dan profesional di peringkat tempatan dan global.
Kami menjalankan program dan aktiviti berkaitan kebajikan, memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik, mengadakan hubungan baik dengan institusi pendidikan untuk melahirkan golongan intelek yang menjadi permata masa depan negara, bekerjasama dengan negara maju dan syarikat multinasional melalui program pertukaran pelajar dan latihan industri, serta memberi bantuan dana kepada pelajar terutama dari keluarga B40.
Amanah & Telus
Komuniti Pertama
Fokus Pendidikan
Kerjasama Strategik
25+
Projek Dilengkapi
Kami sedia membantu anda. Hubungi kami sekarang!
Program Back-to-School 2024 di Kuala Lumpur menyediakan beg sekolah dan RM100 untuk 70 pelajar, dihadiri oleh pemimpin dan pengerusi yayasan.
Lebih Lanjut di FB
Tengku Hassanal Badyr, Pengerusi YTAA, menyerahkan bakul makanan kepada YB Dato' Mohamad Nizar di Pekan, Pahang, untuk bantu mangsa banjir.
Lebih Lanjut di FB
Program Back-to-School oleh YTAA dan BW Center di Pahang memberi 100 pelajar di Pekan beg sekolah dan RM100, disempurnakan oleh Y.B Dato' Mohd Nizar.
Lebih Lanjut di FB
Kemeriahan sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dato Mohamad Nizar. Majlis turut mencemar duli oleh Sultan Pahang dan Tengku Permaisuri Pahang.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Penyerahan Daging Qurban disempurnakan oleh Y.M Tengku Hassanal Badyr, Pengerusi YTAA bersama Datuk Seri Dr Abdul Fattah, Presiden ANGKASA.
Lebih Lanjut di FB
Sesi MOU antara YM Tengku Hassanal Badyr bersama En. Mohammad Syarizzul, Pengerusi Pintas Engineering Sdn Bhd bagi membekalkan kenderaan Ambulans dan Van Jenazah Percuma.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Ziarah Kasih Kerabat DiRaja Pahang dan sumbangan buah tangan daripada YTAA kepada keluarga kerabat di sekitar kawasan Pekan, Pahang.
Lebih Lanjut di FB
Pengerusi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar serta barisan kepimpinan YTAA telah mengadakan lawatan ke Tadika Kemas, PPR Sri Aman.
Lebih Lanjut di FB
Baiti Travel & Tour Sdn Bhd dibawah naungan YTAA telah menghantar para jemaah umrah ke tanah suci Mekah.
Lebih Lanjut di FB
Majlis penyerahan bakul makanan sempena Raudah Jariah & Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Sambutan Ramadhan 2025 kepada penerima sumbangan di PPR Sri Aman.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar diadakan di restoran Royal Bedouin, Hartamas.
Lebih Lanjut di FB
Program Penyerahan Bakul Makanan Ramadhan anjuran bersama YTAA bersama Ikhlas.com kepada Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YTAA berlangsung meriah pada 30 April 2025 diserikan dengan kehadiran YAM Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Azlan.
Lebih Lanjut di FB
Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara YTAA bersama Al-Ridzuan Travel & Tour Sdn Bhd pada 9 Mei 2025 di Restoran Royal Bedouin.
Lebih Lanjut di FB
Sesi pertemuan YTAA bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur telah berlangsung di Ibu Pejabat PPZ, Dataran Shamelin.
Lebih Lanjut di FB
YTAA telah mengadakan lawatan tapak ke Ranaco Education & Training Institute di Kemaman, diserikan oleh Yang Mulia Tengku Hassanal Badyr.
Lebih Lanjut di FB
YM Tengku Hassanal Badyr, Pengerusi YTAA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Tahlil Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar diadakan sebagai tanda mengenang jasa baginda.
Lebih Lanjut di FB
Kunjung Hormat TYT Rashed M. Alsaleh, Duta Besar Negara Kuwait ke Malaysia, bersama YTAA telah berlangsung di Kedutaan Negara Kuwait, Jalan Tun Razak.
Lebih Lanjut di FB
Majlis Penyerahan Sumbangan Menaik Taraf Fasiliti Surau oleh YTAA telah berlangsung di Ranaco Education & Training Institute Kemaman, Terengganu.
Lebih Lanjut di FB
YM Tengku Hassanal Badyr, Pengerusi YTAA telah berkenan turun padang menyantuni masyarakat melalui Majlis Agihan Kurma sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Lebih Lanjut di FB
YTAA dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jalinan Kasih KL telah menganjurkan Program Beli & Infaq di Surau Al-Hijrah, PPR Sri Aman, Jinjang.
Lebih Lanjut di FB
YTAA telah menyampaikan sumbangan 100 bakul makanan kepada warga Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
Lebih Lanjut di FB
YTAA telah melaksanakan satu lagi program agihan 100 bekas Kurma Ajwa kepada para pengunjung di Bazar Ramadan sekitar Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Lebih Lanjut di FBSoalan Lazim (FAQ) menyediakan jawapan ringkas kepada soalan-soalan yang sering ditanya tentang produk atau perkhidmatan kami. Semoga FAQ ini membantu menjawab sebarang kekeliruan yang anda mungkin miliki.
Anda boleh memaklumkan melalui surat rasmi ataupun email kepada Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar untuk mengemaskini butiran anda.
Boleh. Anda hanya perlu memaklumkan kepada pegawai Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar. Dan jika ada kesilapan daripada pihak kami, kami akan mengemukakan dokumen yang baru kepada anda.
Salinan dokumen perjanjian pinjaman akan diposkan terus ke alamat rumah peminjam.
Boleh. Wakil anda boleh menghubungi kami atau memberi alamat untuk diposkan setelah kami membuat pengesahan dengan peminjam.
Boleh. Tetapi pembatalan hanyalah boleh dibuat sebelum panggilan Aqad.
Boleh. Anda akan memperolehi rebate potongan bagi pembiayaan pinjaman anda jika dibuat selepas tempoh 2 tahun dan ke atas.
Boleh dilakukan semasa mendapat panggilan aqad. Tetapi proses pembiayaan akan bermula semula dan tempoh proses pembiayaan peribadi akan bertambah.
Sila hantar surat permohonan ke alamat emel settlement@ytaa.org.my
Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat: 9.00 pagi – 12.15 petang, 2.15 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR
F-2-4, PLAZA
DAMAS 1,
JALAN SRI HARTAMAS 1, TAMAN SRI HARTAMAS,
50480, KUALA LUMPUR
YAYASAN TENGKU ABDUL AZIZ SULTAN ABU BAKAR
12-3A, WISMA
TRAX
55200, CHAN SOW LIN,
KUALA LUMPUR
Sebarang pertanyaan sila emel ke yayasantengkuabdulaziz@gmail.com atau mesej ke facebook kami dengan maklumat yang lengkap. Sila berikan NAMA PENUH dan TELEFON BIMBIT untuk staf membuat tindak balas.
Untuk memohon surat penyelesaian pembiayaan:
Hantar surat permohonan ke settlement@ytaa.org.my